LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8

LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8

Alhamdulillah, seperti biasa, kami berpeluang untuk menghadiri bagi sesi P&P subjek BMM3105 bagi minggu kelapan. Pada minggu tersebut, kami dikehendaki melaksanakan simulasi di atas talian serta merancang Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan atas talian. Setelah kami membuat perancangan, simulasi yang dijalankan akan dirakam oleh salah seorang rakan di dalam kelas. Dalam aktiviti simulasi tersebut, kami telah menggunakan perisian Skype untuk menjalankan sesi simulasi atas talian. Kami merasakan satu pengalaman yang baru kerana pengajaran yang menggunakan atas talian adalah sesuatu perkara yang jarang dilaksanakan oleh guru-guru, tambah-tambah bila disoal mengenai pengalaman ketika zaman persekolah. Simulasi yang dijalankan memberi satu persepsi baru kepada kami bahawa teknologi maklumat sama sekali dapat menarik minat murid-murid untuk menyertai secara aktif dalam pembelajaran guru. Kami berasa sangat bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan pada minggu ini dengan jayanya di samping dapat belajar banyak ilmu baru.